Pergi ke kandungan

Pusat Tekka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Tekka
Tekka Centre
தேக்கா நிலையம்
Pusat Tekka
Pusat Tekka yang terletak di Singapura
Pusat Tekka
Nama alternatifTekka Pasar
Maklumat umum
JenisWet market (en) Terjemahhawker center (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiLittle India, Singapura
Alamat665 Buffalo Road, Singapore 210665
NegaraSingapura
Koordinat1°18′22″N 103°51′03″E / 1.3062°N 103.8508°E / 1.3062; 103.8508Koordinat: 1°18′22″N 103°51′03″E / 1.3062°N 103.8508°E / 1.3062; 103.8508
Pembinaan bermulaOgos 1979; 45 tahun yang lalu (1979-08)
Dibuka pada1982; 42 tahun yang lalu (1982)
Dirasmikan pada1982 Sunting nilai ini di Wikidata
Butiran teknikal
Bilangan tingkat2
Maklumat lain
Letak kenderaanTempat letak kereta bawah tanah
Capaian transit awam NE7  DT12  Stesen MRT Little India
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pusat Tekka (Tamil:தேக்கா நிலையம், Inggeris:Tekka Centre) ialah kompleks bangunan berbilang guna yang merangkumi pasar basah, pusat makanan dan kedai-kedai, terletak di hujung utara Jalan Bukit Timah dan Jalan Serangoon, di Little India, Singapura bersebelah stesen MRT Little India.[1]

Ciri-Ciri

[sunting | sunting sumber]

Tekka Centre kekal sebagai mercu tanda di Little India, di mana pelbagai komuniti etnik berkumpul. Terdapat penjaja Cina yang boleh bertutur Bahasa Tamil, dan begitu juga sebaliknya. Kedai-kedai menjual pakaian tradisional India dan pakaian kasual yang murah.

Di tingkat bawah terdapat pusat makanan dengan gerai-gerai yang menjual hidangan vegetarian India, dihidangkan di atas daun pisang atau pinggan mangkuk keluli tahan karat, selain daripada makanan vegetarian Cina, dan makanan Melayu.Di pasar basah yang terletak di tingkat sama, para peniaga menjual hasil laut segar dan sayur-sayuran.

Pusat ini mudah dikunjungi kerana stesen MRT Little India berada bersebelahannya. Selain itu, terdapat tempat letak kereta bawah tanah dan dua hentian teksi. Antara kemudahan berdekatan termasuk pusat beli-belah The Verge yang dan Little India Arcade.

  1. ^ "Tekka Centre". Uniquely Singapore website.